Contact

Terpilih

KENAPA PENTINGNYA MULA REGISTER BLOG DULU, WALAUPUN BELUM NAMPAK BIG WHY SEBENAR DENGAN BER-BLOGGING?

Baiklah, terus terang saya cakap. Idea untuk saya nak mula ber-blogging ni, pernah juga terlintas beberapa kali dalam fikiran sebelum ni.

Tapi, disebabkan saya tak nampak BIG WHY sebenar, atau ayat mudah nak faham ‘APA KEPERLUAN BLOGGING UNTUK SAYA?’, maka idea tadi ibaratnya…

“Debu pasir yang sekadar berterbangan di angin yang lalu”

Dan, sudah tentu korang rasa tertanya dengan satu persoalan ni…

“Kalau dah tahu yang awak ni takde BIG WHY dengan ber-blogging, kenapa awak gatal tangan pergi register blog?”

Sebenarnya, panjang kisahnya kalau nak diceritakan. Tapi, disebabkan saya ni baru nak start acah-acah tulis satu artikel ni, jadi saya ringkaskan kisahnya.

Kisahnya bermula sewaktu saya tengah scroll news feed di Facebook. Sambil-sambil sibuk like, komen dan share setiap status kawan-kawan Facebook, ada satu post ni buatkan saya rasa seperti terpana sekejap.

Kalau korang rasa nak tahu, korang klik sini dan baca.

—>https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1325517990812299&id=100000623326600

Dah baca? So, korang dah tahu kan kisahnya kenapa saya mula register blog dulu, walaupun belum nampak BIG WHY sebenar dengan ber-blogging?

Disebabkan itulah, saya register blog ni tanpa fikir panjang. Itu pun ambil masa lama, baru hari ni nak buat. Maklumlah, perasan sibuk dengan urusan sendiri sampai acah-acah lupa. Uhuk…

So.. WELCOME TO MY FIRST BLOG!

Dah register, so settle sudah langkah pertama. Saya pakai yang free je dulu. Bila dah sampai masa, yang blog jadi satu keperluan untuk saya, barulah bertukar kepada premium.

Saya sudah register blog hari ni. Korang pulak, bila nak register? 😊

TEH TARIK DAN DOT DOT DOT

bbc8f4_69e36d38285b4bc7b3a803730b47ef0dGambar ehsan dari Pak Cik Google

Sekitar jam 1.00 pagi, aku sengaja pergi melepakkan diri di sebuah restoran mamak di Bukit Beruang. Tempat biasa yang aku rajin datang kalau nak mengeteh pada bila-bila masa yang aku mahu.

Pada malam tu, tujuannya cuma satu. Nak mengeteh sebab dah masuk giliran time rehat kerja shif malam.

Pada masa yang sama juga, ada satu perlawanan bola sepak EPL secara live sedang berlangsung di kaca TV, pertembungan antara Leicester City dan Manchester City.

Sedang aku sibuk menonton pemain Leicester City sedang raikan kenduri gol yang ke- 2, tak semena-mena perut dah start hantar signal ke otak, diterjemahkan ke bahasa santai.

‘WEYY!, AKU LAPAR NI. AKU NAK MAKAN.’

Tanpa berlengah lagi, aku sahut si tukang ambil order dengan panggilan Anne (panggilan untuk pelayan lelaki bangsa India). Sekeping roti canai telur, sekeping roti canai kosong dan segelas teh tarik pun sudah memadai untuk alas perut time malam.

Sekitar dalam masa 15 minit, sewaktu gawang gol Manchester City di bolos kali ke-3, order aku pun sampai.

Sambil-sambil aku tonton EPL live, aku pun mula makan. Boleh di katakan time makan aku tu time makan tengah malam.

Selesai hadap 2 keping roti canai, aku pun mula hirup segelas teh tarik yang masih suam-suam panas.

Sewaktu sedang hirup, tiba-tiba anak tekak hantar signal ke otak. Otak pula mula terjemahkan dengan bahasa mudahnya.

‘WEYYY! RASA KELAT LAH TEH TARIK NI! TAK NAK AKU MINUM!’

Tak semena-mena, terus mendidih kepala otak aku.

Apa tindakan aku selepas tu?

Aku halakan pandangan ke arah si tukang bancuh air di dapur yang tengah sibuk, dengan reaksi muka marah bercampur geram.

Nak aku panggil dia datang ke meja, takut ganggu fokus dia sebab banyak lagi que order yang belum siap lagi.

Aku pun alihkan pandangan ke arah si tukang ambil order.

Nampak gaya dia, macam tengah sibuk berlari ke sana, berlari ke sini ambilkan order dari pelanggan yang datang berpusu-pusu penuhkan kerusi dan meja.

Entah bagaimana…

Hidayah dari mana entah datang, mula menjentik akal fikiran yang waras.

Aku mula teringatkan satu muzakarah dari rakan Jemaah Dakwah dan Tabligh, tentang adab makan dengan cara sunnah Rasulullah S.A.W. sewaktu aku bersama dengan mereka selama 40 hari suatu ketika dulu.

‘JANGAN MERUNGUT KALAU HIDANGAN YANG DISEDIAKAN TAK SEDAP SEPERTI YANG DISANGKAKAN.’

Entah kenapa, emosi marah bercampur geram tadi mula surut, sedikit demi sedikit. Rasa insaf pun mula menjelma.

Iya lah kan…

Aku dah lihat bagaimana dengan keadaan si tukang bancuh air, punyalah fokus siapkan order yang datang berpusu-pusu. Si tukang ambil order pula, fokus ambil order dari pelanggan, yang datang pun berpusu-pusu juga.

Jadi, apa pula tindakan aku selepas tu?

Aku terus diamkan diri. Tak komplain pasal rasa kelat teh tarik dan tak pula ambil order lain gantikan dengan yang baru.

Tinggal lagi beberapa minit sebelum masuk waktu sambung kerja, aku pun mula angkat kaki pergi ke tempat kaunter untuk bayar order.

Sebaik sahaja kaki nak mula melangkah keluar, tiba-tiba si tukang ambil order panggil aku. Aku pun palingkan muka ke arah dia sambil angkat kening sebelah mata kiri seolah-olah bertanya ‘Ada apa?’

Dia tanya aku dengan pandangan hairan.

‘Kenapa tak habiskan teh tarik yang kau order tu? Biasa datang kau order teh tarik, selalunya habis licin. Tapi hari ni, tak pulak. Penuh lagi pulak tu. Kenapa?’

Aku terus terang dengan jujur tanpa nada rasa marah dan geram.

‘Rasa teh tarik hari ni kelat, tak macam hari-hari lepas datang order minum teh tarik.’

Dia jawab.

‘Oh, ye ke? Kalau macam tu, aku gantikan dengan teh tarik baru. Kau pun dah nak balik, jadi aku buatkan yang bungkus ikat tepi. Tak perlu bayar.’

Terus dia sahut si tukang bancuh air buatkan order baru untuk aku.

Selepas dapat bungkusan teh tarik yang baru, aku pun balik sambung kerja shif malam.

Baiklah, mungkin korang pun tertanya-tanya. Apa motif yang aku nak sampaikan dalam kisah ni?

Sebenarnya, ada 2 hikmah yang aku belajar dari kisah ni dan in sha Allah, akan aku terus belajar untuk praktikkan dan juga sampaikan kepada yang lain-lain.

1. Bila aku tak komplain pasal teh tarik yang di-order rasa kelat tu, aku diberi ganti dengan teh tarik yang baru yang lagi sedap rasanya tanpa perlu bayar. (Aku dah minum teh tarik bungkus tu time sambung kerja shif malam)

2. Bila aku lihat kesibukan si tukang ambil order dan si tukang bancuh air, aku mula faham sebab mereka sebenarnya tak mampu nak puaskan hati semua pelanggan walaupun mereka dah buat yang paling terbaik untuk semua pelanggan.

Jadi, korang dah nampak kan apa yang aku nak sampaikan dari kisah ni?

Makanya…

Kalau ada tip atau nasihat tentang adab makan dengan cara sunnah, dipersilakan untuk korang share kat ruang komen.

Tujuannya cuma satu, supaya kita dapat sama-sama belajar untuk praktikkan dan sampaikan kepada yang lain-lain. 😊